16 Mac 2026 (Isnin) | Auditorium Al-Wadi, IKMAS
Satu program ceramah telah diadakan oleh Cawangan Pendaftar melalui Seksyen Perpustakaan IKMAS menerusi penganjuran Bicara Buku Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha menyokong Dekad Membaca Kebangsaan (DMK 2021–2030) peringkat IKMAS.
Program ini menampilkan YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Said, Pengurus Besar Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), sebagai penceramah jemputan. Beliau telah mengupas kandungan buku dengan jelas dan mudah difahami, khususnya berkaitan sejarah serta demografi masyarakat Melayu Sarawak.
Penganjuran ini bertujuan memperluas pengetahuan dalam bidang kesusasteraan dan sejarah Melayu, di samping memupuk minat terhadap bahan bacaan tempatan dalam kalangan warga IKMAS.





