⚜️Fiesta KJM Satok 5.0⚜️

Kejiranan Mesra Satok, dengan kerjasama pelbagai pihak, telah menganjurkan Fiesta KJM Satok 5.0 pada 23 hingga 24 November 2024. Program ini menyaksikan pelbagai acara menarik, antaranya adalah Pertandingan Memasak, Pertandingan Ratu Kebaya, serta Sukaneka atau Sukan Rakyat yang melibatkan penyertaan aktif masyarakat setempat.
Fiesta ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat, serta memperkukuhkan semangat kejiranan. Acara kemuncak program ini adalah Majlis Penutupan yang diadakan pada 24 November, diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Majlis penutupan tersebut telah disempurnakan oleh Encik Ramli bin Omar Baki, Ketua Bahagian Pembangunan dan Perkhidmatan Komuniti, Dewan Bandaraya Kuching Utara yang turut menyampaikan ucapan serta penghargaan kepada semua peserta dan penyokong yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.
Sebagai tambahan, Fiesta KJM Satok 5.0 turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada Artis Budaya Badan Seni Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, yang menambah kemeriahan acara pada hari tersebut.

Kongsi berita ini