⚜️DISKUSI MEJA BULAT (RTD) BAGI PEMANTAPAN CADANGAN TINDAKAN SUSULAN HASIL DAPATAN DISKUSI KUMPULAN TERARAH ⚜️

Encik Awangku Azizul bin Awangku Omar, Ketua Unit Pendidikan dan Agama AKYBMS, telah menghadiri program anjuran Lembaga Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu (LHEIAM) iaitu siri sesi diskusi kumpulan terarah (FGD) bagi pemantapan hal ehwal Islam dan adat Melayu di beberapa bahagian di Sarawak termasuklah Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
Sekretariat LHEIAM akan menganjurkan satu Diskusi Meja Bulat bagi pemantapan cadangan tindakan susulan hasil dapatan daripada kesemua FGD yang telah dijalankan pada 10 Oktober 2024 di Raia Convention Centre & Hotel.

Kongsi berita ini