⚜️Content Management System @ Repositori Rekod Negeri, Pustaka Negeri Sarawak⚜️

22 November 2024 (Jumaat): Portal Sarawakiana ditubuhkan bertujuan untuk memudahkan pegawai kerajaan, penyelidik, dan orang awam untuk mencari, memperoleh, berkongsi, dan mengakses semua kandungan berkaitan Sarawak.
Pengguna akan dapat menikmati kemudahan akses kepada pelbagai sumber dan maklumat yang berkaitan dengan warisan dan budaya Sarawak.
Tujuan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Izaruddin bin Moss, Ketua Bahagian Sarawakian ini diadakan adalah untuk berbincang dengan agensi-agensi berkaitan mengenai pengoperasian dan pengembangan portal tersebut.
Justeru itu, mesyuarat Content Management System akan membolehkan pengguna untuk mengakses bersama kandungan yang berkaitan di bawah satu sistem yang sama.
Projek ini perlu dilaksanakan untuk memastikan semua sumber kandungan yang ketara dan tidak ketara di Sarawak diuruskan secara sistematik. Turut hadir, Cik Zafirah, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, Encik Mckinley Davis, Yayasan Tun Jugah, Puan Dayang Nur Syima, Pustaka Negeri Sarawak, Puan Amanda Percy anak Kinsi, Cik Malissa Abdul Kadir, Jabatan Muzium Sarawak, Puan Shafinaz Afidia Andrew Affendy, Pustaka Negeri Sarawak.
Sila layari sistem sarawakiana https://sarawakiana.com/web/home/index/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Kongsi berita ini