⚜️Bengkel Tarian Melayu Sarawak di SMK Tun Abang Haji Openg ⚜️

⚜️Bengkel Tarian Melayu Sarawak di SMK Tun Abang Haji Openg ⚜️
Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak akan mengadakan Bengkel Tarian Melayu Sarawak di SMK Tun Openg pada 5 dan 6 Oktober 2024 ini. Bengkel yang bertujuan memperkasakan kajian ilmiah berkaitan Tarian Melayu Sarawak ini dihadiri oleh 30 orang pelajar dari SMK Tun Abang Haji Openg.
Peserta bengkel berpeluang mempelajari pelbagai aspek tarian tradisional Melayu Sarawak serta teknik dan penghayatan yang mendalam. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan minat pelajar terhadap warisan budaya tempatan.
Pihak penganjur berharap penyertaan daripada pelajar SMK Tun Abang Haji Openg yang terpilih ini dapat memberikan manfaat serta pengalaman berharga kepada mereka.
Maklumat program adalah seperti berikut:
Nama: Bengkel Tarian Melayu Sarawak
Tempat: Dewan Toh Puan Hajah Masniah
Tarikh: 5-6 Oktober 2024
Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang

Kongsi berita ini