Kuching, 27 April — Bengkel Konservasi Tekstil 2026 telah berlangsung pada 27 April 2026 bertempat di Arts & Craft Room, Borneo Cultures Museum. Bengkel ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) serta Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) dengan kerjasama pihak berkaitan.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datu Dr. Hajah Sabariah Putit, Penasihat OKSHE, bersama Puan Dayang Morzanah binti Awang Haddy, Pegawai Khas OKSHE. Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah dibimbing oleh Seksyen Koleksi, Inventori dan Repositori, Jabatan Muzium Sarawak yang mengendalikan sesi pengisian serta perkongsian berkaitan aspek konservasi tekstil.
Turut menyertai bengkel ini ialah Cik Zafirah binti Othman dan Encik Norazam bin Azni Shah daripada Unit Penyelidikan dan Media, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). Bengkel ini diadakan sebagai usaha memperkukuh pengetahuan dan kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan tekstil sebagai sebahagian daripada warisan budaya yang bernilai tinggi, di samping mempererat kerjasama antara institusi dan agensi yang terlibat dalam pemuliharaan khazanah warisan negeri.





