⚜️ UNIMAS x AKYBMS ⚜️

5 Februari 2024 (Isnin): Professor Dr. Thomas Kana @ Kamarudin bin Kana dan Professor Dr. Muhammad Hamdi bin Mahmood, dua cendekiawan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), telah menjalankan kunjungan ilmiah ke Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS).

 

Kunjungan ini adalah sebahagian daripada usaha akademik dan penyelidikan mereka yang berterusan untuk mengembangkan pemahaman dan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan penyelidikan dalam kalangan masyarakat setempat. Dalam lawatan ini, Professor Dr. Thomas Kana dan Professor Dr. Muhammad Hamdi bersua muka dengan sejarawan Sarawak iaitu Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS untuk bertukar pendapat, berkongsi pengetahuan, dan menjalankan dialog mengenai isu-isu terkini berkaitan dengan warisan budaya dan penyelidikan Melayu di Sarawak.

 

Kehadiran mereka telah memberikan nilai tambah kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan di AKYBMS sekal gus membantu dalam merancang inisiatif yang lebih efektif dalam memelihara dan mempromosikan warisan budaya Melayu. Kedua-dua profesor ini telah memberikan perkongsian ilmu dan kesedaran kepada AKYBMS mengenai isu-isu kesihatan dan perubatan dalam masyarakat. Terima kasih kepada Professor Dr. Thomas Kana dan Professor Dr. Muhammad Hamdi bin Mahmood atas sumbangan mereka yang berharga dalam memperkukuhkan hubungan antara UNIMAS dan AKYBMS. Harapan kami, kerjasama ini akan terus berkembang dan dapat memberikan manfaat bersama dan memelihara kelestarian warisan budaya Melayu di Sarawak.

 

#AKYBMS #unimasgemilang #fakultiperubatan

Kongsi berita ini