Satu temu bual telah dilaksanakan melalui sesi penggambaran dokumentasi yang memfokuskan sejarah dan warisan Santubong sebagai tapak awal perkembangan tamadun serta kedatangan Islam.
Penggambaran ini dijalankan di bawah arahan Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail, dengan kerjasama Dr. Farid bin Mat Zain (Universiti Kebangsaan Malaysia), serta sokongan kru Encik Shahril Rani dan Saudara Rabbani.
Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib, seorang sejarawan dan Pengurus Besar AKYBMS, telah ditemu bual bagi menghuraikan peranan sejarah Santubong serta sejarah pemerintahan Sultan Tengah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh kru produksi atas komitmen dan kesudian melaksanakan temu bual bersama Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib, serta kerjasama yang diberikan sepanjang sesi penggambaran berlangsung.





