⚜️ SESI KUNJUNGAN HORMAT AKYBMS KE TABUNG BAITULMAL SARAWAK (TBS) ⚜️

1 Februari 2024 (Khamis), Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datu Haji Abang Mohd Shibli Bin Haji Abang Mohd Nailie, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), di Ibu Pejabat TBS. Delegasi AKYBMS telah dipimpin oleh YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mendengar pandangan serta keperluan program yang berkaitan dengan komuniti AKYBMS, sambil menyampaikan ucapan terima kasih atas sokongan berterusan daripada TBS. Dalam program kunjungan ini, YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said turut berinteraksi dengan YB Datu Haji Abang Mohd Shibli bin Haji Abang Mohd Nailie dan menjelaskan inisiatif serta projek yang berkaitan dengan pendidikan dan keagamaan di Sarawak. Turut hadir dalam acara ini, Encik Awangku Azizul bin Awangku Omar, Ketua Pendidikan dan Agama, AKYBMS.
#TBS #AKYBMS #BeritaSarawak

Kongsi berita ini