⚜️ Sekalung Penghargaan dan Lafaz Terima Kasih ⚜️

⚜️ Sekalung Penghargaan dan Lafaz Terima Kasih ⚜️
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia atas siaran berita mengenai program SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2024 Siri III Pencak Silat yang telah diadakan di Godown Amphitheatre, Tebingan Sungai Kuching pada 21 September 2024.
Majlis yang berlangsung dari jam 8.30 malam hingga 10.00 malam ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib Bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). Turut hadir adalah Datuk Bandar Kuching Utara, Yang Berbahagia Tuan Haji Hilmy bin Haji Othma, Datuk Haji Wahab bin Abdul Aziz, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, dan Encik Zulkarnain bin Ismail dari Kementerian Belia, Sukan dan Keusahawanan.
Antara perguruan silat yang telah mempamerkan seni silat di majlis tersebut adalah:
Persatuan Persilatan Seni Asli Zamrud (KJM DBKU)
Perguruan Pencak Silat Warisan Spring 15
Kelab Silat Olahraga Selendang Abadi Jati
Pertubuhan Persaudaraan Silat Mayang Mengurai Sarawak
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Suara Sarawak, The Malaysia Press, TVS, UKAS, dan semua wartawan serta pihak media yang telah melaksanakan tugasan dengan baik.
Sokong dan ikuti page rasmi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak!

Kongsi berita ini