⚜️ Sekalung Penghargaan dan Lafaz Terima Kasih ⚜️

⚜️ Sekalung Penghargaan dan Lafaz Terima Kasih ⚜️
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia atas siaran berita mengenai program Kursus Pelajar Melayu-Islam Cemerlang (KPMIC) Siri II @ SMK Agama Sibu.
Program Kursus Pelajar Melayu-Islam Cemerlang (KPMIC) Siri II telah berlangsung di Dewan SMK Agama Sibu pada 26 Oktober 2024, bertujuan meningkatkan kecemerlangan akademik dan jati diri pelajar Melayu-Islam. Program ini melibatkan 100 pelajar Tingkatan 1 yang diberi motivasi untuk mencapai kejayaan dalam PMR dan SPM, memahami perkembangan diri, serta membina kerjasama dan semangat ukhuwah islamiah.
Program ini dijayakan dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS), PIBG, Pejabat Pendidikan Daerah, dan pihak sekolah. Pelbagai pendekatan digunakan, termasuk wacana minda, aktiviti berkumpulan dan permainan minda.
YB Datuk Dr. Annuar Rapaee, Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi Sarawak, turut hadir memberi ucapan perasmian. Syabas diucapkan kepada Pengurus Program, fasilitator, dan semua pihak yang telah menyokong kejayaan program ini!
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Suara Sarawak, The Malaysia Press dan semua wartawan serta pihak media yang telah melaksanakan tugasan dengan baik.
Sokong dan ikuti page rasmi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak!

Kongsi berita ini