⚜️ Santubong: Jejak Tamadun Islam di Borneo ⚜️

Program Jejak Sejarah Santubong telah dilaksanakan melalui sesi penggambaran dokumentasi yang memfokuskan sejarah dan warisan Santubong sebagai tapak awal perkembangan tamadun serta kedatangan Islam di Borneo. Penggambaran ini dijalankan di bawah arahan Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail, dengan kerjasama Dr. Farid bin Mat Zain (Universiti Kebangsaan Malaysia), serta sokongan kru Encik Shahril Rani dan Saudara Rabbani.
Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib, Pengurus Besar AKYBMS, telah ditemu bual bagi menghuraikan peranan Santubong serta sejarah Sultan Tengah. Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS turut terlibat dalam menyediakan sokongan teknikal dan penyelidikan sepanjang penggambaran berlangsung.

Kongsi berita ini