SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2025 Siri IV: SAMArindok FINALE telah berjaya dilangsungkan dengan penuh meriah di Godown Amphitheatre, Sungai Tebingan Kuching.
Program penutup SAMArindok 2025 ini menampilkan kepelbagaian seni budaya Melayu Sarawak melalui syair, sajak, tarian, silat, nyanyian dan gendang Melayu Sarawak, sekali gus menghimpunkan para penggiat seni dan masyarakat dalam satu malam penuh makna.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penggiat seni, rakan kerjasama serta para hadirin yang telah menjayakan SAMArindok FINALE. Sokongan anda amat bermakna dalam usaha memartabatkan dan meneruskan warisan seni budaya Melayu Sarawak. 





