⚜️ PROGRAM SAMAsiswa Melayu Sarawak 2024 ⚜️

9 Jun 2024 (Ahad): Alhamdulilillah, PROGRAM SAMAsiswa MELAYU SARAWAK 2024 telah tamat dengan jayanya.
Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) komited dalam memperkasa barisan siswa dan siswi Melayu serta membentuk jati diri menerusi penganjuran Program SAMAsiswa 2024.
Ia selaras dengan Pelan Strategik Melayu Sarawak 2035 dalam teras belia — membentuk generasi ulul albab yang berdisipin untuk melahirkan pemimpin pelapis Melayu unggul dan cemerlang.
Seramai 40 orang mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berjaya menyertai Program SAMAsiswa yang berlangsung selama dua hari (8 dan 9 Jun) di Sumiran Eco Park dan Resort.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UNIMAS, Professor Ir. Ts. Dr. Al-Khalid bin Hj Othman penganjuran pelbagai aktiviti dalam program tersebut mampu membentuk generasi pemimpin yang berwibawa dan berdaya saing dalam menempuh era globalisasi.
“Ia selaras dengan objektif program iaitu meningkatkan pencapaian dalam pendidikan rendah dan menengah untuk memastikan 50 peratus keluarga Melayu Sarawak memiliki ijazah dan 50 peratus memiliki diploma berkualiti.
“Kejayaan ini disumbangkan berkat kerjasama daripada semua pihak sehingga dapat memastikan perjalanan program berjalan dengan baik,” ujarnya ketika berucap pada majlis penangguhan program di Sumiran Eco Park dan Resort pada Ahad.
“Saya percaya kejayaan ini dapat dicapai hasil kerjasama daripada semua pihak sehingga dapat memastikan perjalanan program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif pihak penganjur. Program ini telah berlangsung dalam masa 2 hari dengan pelbagai aktiviti yang mampu membina jati diri para pelajar khususnya dalam kalangan pelajar Melayu Sarawak sebagai generasi pelapis pemimpin yang beribawa dan mampu berdaya saing dalam menempuh era globalisasi yang kian mencabar”.
Turut hadir, YBhg, Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS, Dr. Dilah Tuah, Dekan Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi (FPBK), UNIMAS, Dr. Haji Santrol Abdullah, Timbalan Dekan HEP, FPBK, Para Pensyarah UNIMAS, Pegawai-Pegawai dan kakitangan AKYBMS dan Para peserta program SAMASiswa.

Kongsi berita ini