⚜️ PEMBANGUNAN KANDUNGAN PAMERAN 2.0 MUZIUM WARISAN ISLAM, SARAWAK ⚜️

10 Julai 2024 (Selasa): Alhamdulillah, pada hari ini diberi kesempatan bersama pakar-pakar dalam pelbagai bidang mencurah idea dalam bengkel Pembangunan Kandungan Muzium Warisan Islam Sarawak.
Antara pakar-pakar yang turut hadir pada hari ini ialah Prof Madya Dr. Abdul Razak bin Abdul Kadir dari UiTM, Dr Emyzul dari IPG Batu Lintang, Dr Loli Roji dari Persatuan Sejarah Malaysia dan lain-lain lagi.
Antara tujuan utama bengkel ini ialah untuk menyediakan pembangunan baru kandungan pameran di muzium ini.
Turut hadir, Encik Ahmad Iskandar bin Abu Samat, Persatuan Sejarah Malaysia, Tuan Tazudin Mohtar, Institute Islamic Centre, Puan Dayang Dahlia Binti Awang Mustaffa, Institute Islamic Centre, Puan Nur Farehen binti Yunus, Institute Islamic Centre, Cik Siti Najihah binti Bohari, SK Goebilt, Dr. Hj. Loji Roji bin Hj. Saibi, Persatuan Sejarah Malaysia, Encik Mohd Ismail Bin Ramli, MTCP, Ustaz Nurul Azhar Bin Haji Ahmad, SMK Semerah Padi. Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah diwakili oleh Cik Zafirah binti Othman, Ketua Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS.
Insha Allah dalam masa terdekat pameran di muzium ini akan berwajah baru dengan menampilkan objek-objek pameran yang lebih sesuai, lebih bersifat interaktif dan sudah tentu akan lebih menarik.

Kongsi berita ini