⚜️ MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA LARIAN WARISAN SANTUBONG 1.0 2024⚜️

11 Julai 2024 (Khamis): Mesyuarat Penyelarasan Program Larian Warisan Santubong telah dilaksanakan di Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dan dipengerusikan oleh YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar, AKYBMS.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengemaskini persiapan program yang telah dirancang.
Turut hadir, Dr. Awangku Naqiuddin, Jabatan Muzium Sarawak, Encik Mohd Faiz Shazada bin Abdul Razak, Jabatan Muzium Sarawak, Encik Umar bin Abdullah, Persatuan Penggemar Sejarah dan Kebudayaan Santubong, dan Encik Abdul Hadi bin Buntal, Persatuan Penggemar Sejarah dan Kebudayaan Santubong.
Jumpa kelak di Santubong untuk Larian Eksplorasi Warisan 1.0 pada 21 Julai 2024⚜️

Kongsi berita ini