⚜️ Mesyuarat Penilaian Cadangan Pewartaan Bil. 1/2024 ⚜️

6 Jun 2024 (Khamis): Pagi tadi telah diadakan Mesyuarat Penilaian Cadangan Pewartaan Bil.1/2024 yang berlangsung di Bilik Santubong, Jabatan Muzium Sarawak.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Ahli Sarawak Heritage Board.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBrs Puan Nancy Haji Jolhi, Pengarah Jabatan Muzium Sarawak.
Turut hadir, pakar-pakar yang terdiri daripada Prof Madya Dr. Abdul Razak bin Abdul Kadir dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Cawangan Sarawak, Dr. Nur Auni binti Ugong dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan seorang wakil dari Dewan Bandar Raya Kuching Utara (DBKU).
Selain itu, turut hadir dari Jabatan Muzium Sarawak, Encik Iswandi bin Haji Junaidi, Ketua Bahagian Pengurusan Warisan, Puan Norraha binti Abdul Rahim, Ketua Seksyen Penyelidikan, Dr. Zakirah binti Mohammad Taufek, Ketua Seksyen Penerbitan, Dr. Awangku Sharir Naqiuddin, Ketua Seksyen Inventori dan Verifikasi Koleksi, dan Encik Adib bin Yusuf, Ketua Seksyen Daftar Warisan.
Bahagian Pengurusan Warisan Jabatan Muzium Sarawak telah membentangkan beberapa cadangan seperti bangunan, monumen dan tapak untuk diwartakan sebagai warisan bersejarah di bawah Sarawak Heritage Ordinance, 2019.
Senarai-senarai cadangan pewartaan yang telah diluluskan dalam mesyuarat ini seterusnya akan dibawa ke dalam Sarawak Heritage Board Council yang akan dipengerusikan oleh, YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak bagi membincangkan inisiatif pengurusan warisan.
Ihsan: Dee Iswandi

Kongsi berita ini