⚜️ Menyantuni Asnaf di Kampung Gita Laut dan Kampung Kudey, Kuching ⚜️

20 Mac 2024 (Rabu): Alhamdulilah, misi pada hari kedua untuk program Ihya’ Ramadan AKYBMS 1445H/2024M telah berjalan dengan lancar.
Pasukan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) yang telah dipimpin oleh Encik Awangku Azizul bin Awangku Omar telah membawa sebanyak 60 bakul makanan untuk disalurkan kepada asnaf-asnaf di Kampung Gita Laut, Kuching dan Kampung Kudey, Kuching.
Warga AKYBMS berasa amat gembira dan bersyukur kerana dapat menyantuni warga Kampung Gita Laut dan Kampung Kudey di samping dapat menjalinkan hubungan silaturahim sesama saudara Islam.
Esok merupakan hari terakhir pihak kami akan menjalani program Ihya’ Ramadan AKYBMS dan lokasi yang terpilih adalah Maahad Tahfiz, Raudahtul Jannah, Kampung Selang Ulu, Kuching dan Bandar Baru, Samariang, Kuching.
Turut hadir, Encik Amirul Rashid bin Abdullah, Puan Iszaliana binti Majelan, Cik Noralla binti Hamdan dan Encik Ahmad bin Hamdan.

Kongsi berita ini