⚜️ Majlis SAMAsungkey 2026 & SAMAhaul Rosli Dhobie Ke-76 ⚜️

1 Mac 2026 (Ahad): Alhamdulillah, Majlis SAMAsungkey 2026 dan SAMAhaul Rosli Dhobie ke-76 telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan suasana ukhwah yang erat, menghimpunkan para jemputan kehormat, tetamu undangan, pelajar serta warga komuniti dalam satu majlis yang bermakna.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato Sri Haji Mohd Naroden Majais, Ahli Lembaga Amanah AKYBMS; Yang Berbahagia Datu Dr Haji Sanib Bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS; Yang Berbahagia Dr Dillah Bin Tuah, Dekan Fakulti Pendidikan Bahasa dan Komunikasi UNIMAS; Dr Santrol Bin Abdullah, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Fakulti Pendidikan Bahasa dan Komunikasi UNIMAS; Pengerusi Surau; para pelajar UNIMAS serta kakitangan AKYBMS.
Majlis ini bukan sahaja menjadi wadah berbuka puasa bersama, malah turut menjadi ruang memperingati jasa dan pengorbanan pejuang tanah air, Allahyarham Rosli Dhobie, melalui penganjuran SAMAhaul ke-76 sebagai tanda penghargaan terhadap legasi perjuangan beliau dalam sejarah Sarawak.
Semoga penganjuran majlis ini terus memperkukuh semangat kebersamaan, memupuk nilai warisan budaya Melayu Sarawak serta menyemarakkan ingatan terhadap tokoh perjuangan yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negeri.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini.

Kongsi berita ini