Jabatan Muzium Sarawak dengan sukacitanya telah mengumumkan bahawa bermula , Perpustakaan Jabatan Muzium Sarawak, Aras 2, Bangunan Annex dibuka kepada pelajar sekolah dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6, pelajar IPTA/IPTS (Melalui temujanji) dan penyelidik (Melalui surat kelulusan Pengarah Jabatan Muzium Sarawak).
:
Isnin hingga Khamis:
9:00 pagi – 12:30 tengahari
2:15 petang – 4:30 petang
Jumaat:
9:00 pagi – 11:30 pagi
2:15 petang – 4:30 petang
Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum: Ditutup
:
Untuk memastikan persekitaran yang kondusif dan menghormati semua pelawat, pelawat hendaklah mematuhi peraturan berikut:
: Semua pelawat dikehendaki mendaftar di lobi Bangunan Annex (Aras 1) dengan pengawal yang ditugaskan dan sila catat masa masuk dan masa keluar.
: Peminjaman buku adalah tidak dibenarkan. Sumber-sumber ini hanya untuk rujukan di dalam premis sahaja.
: Untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang baik, pelawat dilarang membuat bising ketika berada di dalam perpustakaan.
: Sila pastikan kebersihan perpustakaan dijaga dengan membuang sampah ke dalam tong yang disediakan. Membuang sampah secara sembarangan adalah dilarang.
: Sila berpakaian dengan kemas dan sopan semasa mengunjungi perpustakaan.
: Membawa makanan dan minuman adalah tidak dibenarkan di dalam premis perpustakaan.
: Dilarang mengambil gambar di dalam perpustakaan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Cik Malissa Binti Abdul Kadir di talian 082-548181 (ext. 207) atau sila email kepada malissaak@sarawak.gov.my. Anda juga boleh menghubungi Puan Sharon Cynthia Samuel di talian 082-548181 (ext. 207) atau email kepada sharoncs@sarawak.gov.my.
Kami menghargai kerjasama anda dalam mematuhi peraturan ini untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi semua. Pematuhan terhadap garis panduan ini akan memastikan pengalaman yang selesa dan produktif bagi semua orang.