☀️Helios Menyinari Muzium Budaya Borneo☀️

KUCHING, 6 Disember 2025 – Majlis Perasmian pameran sementara “Helios: The Sun” di Muzium Budaya Borneo telah berlangsung dengan jayanya. Upacara perasmian disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, yang menyifatkan pameran ini sebagai platform penting dalam memperkukuh apresiasi masyarakat terhadap ilmu, budaya dan seni berkaitan fenomena matahari dalam tamadun manusia.
Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan, Ahli Dewan Negara, Dato Ahmad Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datu Sherrina Husaini, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, serta dif kenamaan lain.
Pameran “Helios: The Sun” mengetengahkan interpretasi sains, mitos, kosmologi dan seni visual berkaitan matahari, merangkumi pelbagai medium interaktif dan naratif sejarah yang memberi pengalaman immersif kepada pengunjung. Pameran ini dibuka kepada orang ramai sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Muzium Budaya Borneo untuk memperkaya khazanah ilmu dan warisan serantau.

Kongsi berita ini