⚜️ SAMAsungkei bersama peserta SAMAsiswa Melayu Sarawak 2024 dari (UNIMAS) di Surau Nur Addin, Medan Hamidah, Demak Jaya⚜️

30 Mac 2024 (Sabtu): Majlis Berbuka Puasa dan tarawih anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bersama peserta SAMAsiswa Melayu Sarawak 2024 dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ini telah diadakan di Surau Nur Addin, Medan Hamidah, Demak Jaya bagi meraikan pelajar UNIMAS yang terpilih bersempena pada bulan Ramadhan yang istimewa.
Turut hadir, YB Dato’ Sri Haji Mohd Naroden bin Haji Majais, YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Dr. Santrol bin Abdullah, Jawatankuasa Surau Nur Addin, penduduk sekitar Demak Jaya, peserta SAMAsiswa Melayu Sarawak 2024 dari UNIMAS dan kakitangan AKYBMS.
Alhamdulilah dan terima kasih kepada semua. Semoga kita sentiasa di dalam lindungan rahmat dan kasih-sayang Allah S.W.T
Aamin Yarabbal Aalaminn. ❤️

Kongsi berita ini