⚜️Persiapan Acara Pembukaan SUKMA XXI, Sarawak: Amanah Khairat Yayasan Budaya Sarawak (AKYBMS) Menyumbang Persembahan Berprestij⚜️

Kuching, Sarawak – 12 Ogos 2024 – Persiapan untuk Acara Pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) XXI yang akan diadakan di Sarawak semakin memuncak dengan kehadiran Amanah Khairat Yayasan Budaya Sarawak (AKYBMS) yang telah dihantar sebagai wakil untuk persembahan pembukaan. AKYBMS, yang terkenal dengan dedikasinya dalam mempromosikan dan memelihara warisan budaya Sarawak, akan menyertai persembahan yang penuh […]

⚜️ PENGALAMAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI ⚜️

Ibrahim Erfanshah bin Badroon, ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) Selama menjalani latihan industri selama tiga bulan di Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), saya telah mempelajari banyak perkara yang memberi impak besar terhadap kemahiran dan pengetahuan saya. Pada hari pertama, saya disambut mesra oleh kakitangan yayasan dan diberikan taklimat mengenai struktur organisasi, […]

LAWATAN KE BRUNEI DARUSSALAM

8 ogos 2024: YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dan Encik Amirul Akbar bin Osman telah mengadakan kunjungan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja, Brunei dan Masjid Omar’ Ali Saifuddien. #Brunei #museum #museumstudies

Latihan Industri: AKYBMS

Pihak Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) ingin mengucapkan terima kasih kepada (2) pelajar dari ASWARA yang telah menjalankan latihan industri di sini selama sebulan. Semoga segala ilmu yang Encik Ibrahim Erfanshah dan Cik Najihah Najwa peroleh, dapat dipraktikkan dan menjadi asas pengetahuan apabila berada di luar sana. Semoga kita berjumpa lagi. #latihanindustri #aswaramelangkahkehadapanbersamatradisi

⚜️MAJLIS APRESIASI KAKITANGAN DAN PELATIH INDUSTRI AKYBMS⚜️

Majlis Apresiasi Khas untuk Encik Awangku Azizul bin Awangku Omar, Encik Ibrahim Erfanshah dan Cik Nur Najihah Najwa telah diadakan pada 2 Ogos 2024 (Jumaat) di restoran Parimpan, Kuching. Majlis yang diadakan secara sederhana dan bermakna ini telah dihadiri oleh YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said serta Datin Fatimah Abdul Malik. Salam perpisahan […]

⚜️ ULANG TAHUN KELAHIRAN KAKITANGAN AKYBMS ⚜️

2 Ogos 2024 (Jumaat): Bagi menghargai jasa kakitangan AKYBMS, secara tradisinya pada mesyuarat bulanan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan akan menyediakan kek pulut kuning sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran kepada kakitangan yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka. Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada kakitangan yang lahir pada bulan Ogos iaitu Encik Amirul Akbar bin Osman. Semoga […]

LAWATAN TAPAK DAN TAKLIMAT PENYELARASAN PROJEK WISMA MELAYU SARAWAK

31 Julai 2024 (Rabu): Kakitangan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak telah meninjau tapak projek Wisma Melayu Sarawak untuk melihat perkembangan projek tersebut. Sejurus selepas lawatan, Mesyuarat Penyelarasan Projek Wisma Melayu Sarawak telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Wisma Melayu Sarawak bersama dengan pihak klien, konsultan dan kontraktor. Semua urusan dan aktiviti dilaksanakan dengan mematuhi […]

Jejak Warisan Melayu Sarawak: 51 Tahun bersama D’CRESCENDOS

D’Crescendos adalah sebuah kumpulan acapella yang berasal dari Sarawak, Malaysia. D’Crescendos merupakan gabungan empat paduan suara dari Sarawak yang pernah menjadi johan bintang RTM 1978 di Angkasapuri, Kuala Lumpur. Kumpulan D’Crescendos dianggotai oleh Junainah Sulehan (sekarang Prof Dr) – Soprano), Dr. Kamil Salem (Bass), Husni Eddy (Tenor) dan July Ellen (Alto). Genre muzik D’Crescendos adalah […]

3,350 followers!!!

Alhamdulillah Page Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak sudah ada lebih 3,350 followers. Terima kasih kerana ikut perkembangan kami. Terima kasih tonton video kami. Terima kasih berbual mesra di posting kami. — Teruskan bersama kami. Ajak lagi ramai kawan-kawan yang lain untuk ikuti Facebook page kami. Insya-Allah, lebih ramai audiens, lebih banyak variasi konten kami […]

⚜️Program Santai Belia @ Lawas ⚜️

Pada 27 Julai 2024, Stadium Tertutup Lawas telah menjadi lokasi acara anjuran Yayasan Sarawak dengan kerjasama Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak. Acara ini akan melibatkan penyertaan 30 pelajar lepasan SPM dan belia yang berminat untuk melanjutkan pelajaran.