⚜️KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI SILAT SARAWAK ⚜️

Pada 20 Januari 2025 (Isnin), delegasi dari beberapa pertubuhan persilatan, yang terdiri daripada ahli-ahli Pertubuhan Persaudaraan Silat Mayang Mengurai Sarawak, Persatuan Persilatan Seni Silat Asli Zamrud Kuching, Perguruan Pencak Silat Warisan Spring 15, Kelab Silat Olahraga Selendang Abadi Jati, dan Pencak Silat Nilam Sari, telah membuat kunjungan hormat kepada YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin […]
⚜️PERJUMPAAN AKYBMS BERSAMA ENCIK AWANG ZAMHARI BIN AWANG MAHMOOD, PENGARAH JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK ⚜️

Kuching, 17 Januari 2025 (Jumaat) – Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dengan penuh penghormatan telah menerima kunjungan hormat daripada Pengurus Besar AKYBMS, Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said. Beliau diiringi oleh Ketua Bahagian Pentadbiran AKYBMS, Encik Amirul Akbar bin Osman, dan Ketua Unit Aset AKYBMS, Encik Mohammad Hiedil bin Maria. Ketibaan rombongan tersebut disambut […]
⚜️Lawatan ke Tapak Wisma Melayu Sarawak⚜️

Kuching, 14 Januari 2025 – Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS, bersama pelajar latihan industri iaitu En. Muhammad Zareefe Jeffnee telah mengadakan lawatan ke tapak Wisma Melayu Sarawak. Lawatan ini turut disertai oleh Ketua Bahagian Pentadbiran AKYBMS iaitu En. Amirul Akbar bin Osman. Lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat terperinci serta mendokumentasikan perkembangan projek Wisma Melayu […]
⚜️ DALAM KENANGAN: ALLAHYARHAM PEHIN SRI TAN SRI (DR) HAJI ADENAN BIN HAJI SATEM ⚜️

“You listen to me. I represent Sarawak. “I am Adenan Satem, and I keep my promises.” Sentiasa dalam kenangan, hati dan doa. Al-Fatihah. #AdenanSatem #alfatihah
⚜️ Jom ke Perpustakaan Jabatan Muzium Sarawak ⚜️

Jabatan Muzium Sarawak dengan sukacitanya telah mengumumkan bahawa bermula , Perpustakaan Jabatan Muzium Sarawak, Aras 2, Bangunan Annex dibuka kepada pelajar sekolah dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6, pelajar IPTA/IPTS (Melalui temujanji) dan penyelidik (Melalui surat kelulusan Pengarah Jabatan Muzium Sarawak). : Isnin hingga Khamis: 9:00 pagi – 12:30 tengahari 2:15 petang – 4:30 petang […]
Lawatan dari Co Op Bank Pertama

Lawatan dari Co Op Bank Pertama Co-op Bank Pertama telah mengadakan satu kunjungan rasmi ke Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bagi mempromosikan serta memberikan penerangan mendalam mengenai perkhidmatan kewangan kepada kakitangan AKYBMS. Sesi taklimat telah berlangsung di Bilik Mesyuarat AKYBMS dengan kehadiran wakil daripada pihak pengurusan AKYBMS. Dalam sesi tersebut, pelbagai perkhidmatan, […]
⚜️LAWATAN KE PEJABAT AKYBMS⚜️

Kuching, 8 Januari 2024 – Institut Perguruan Kampus Batu Lintang (IPGMKBL) telah mengadakan lawatan ke pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak bagi menyampaikan sijil penghargaan atas kerjasama erat dalam menjayakan program Karnival Mini Seni Budaya “TokLah Kamek” yang berlangsung pada 29 November 2024. Kunjungan ini turut memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam memartabatkan […]
⚜️Majlis Bacaan Yassin AKYBMS 2025⚜️

⚜️Majlis Bacaan Yassin AKYBMS⚜️ Tarikh: 3 Januari 2025 (Jumaat) Masa: 8.30 pagi Lokasi: Bilik Mesyuarat AKYBMS Alhamdulillah, Majlis bacaan Yassin dan doa yang telah dipimpin oleh Encik Amirul Akbar bin Osman, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan dan disertai seluruh kakitangan AKYBMS. Sebagai masyarakat Melayu Islam yang berkhidmat kepada masyarakat dan negara, amat […]
⚜️SAMAsiswa Melayu Sarawak 2024⚜️

Program SAMAsiswa Melayu Sarawak 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 28 hingga 29 Disember 2024 bertempat di Sumiran Eco Park & Resort, Kuching. Seramai 40 mahasiswa dan mahasiswi Melayu Sarawak dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menyertai program ini. Program ini bertujuan untuk melahirkan pemimpin muda Melayu Sarawak yang berjati diri, berani, ikhlas, dan […]
⚜️Lawatan ke Pejabat AKYBMS⚜️

Pengurus Besar AKYBMS Datu Dr. Haji Sanib telah menerima kunjungan Encik Abang Johan, Dato Amir Somaili, dan Encik Ikhwan di pejabat AKYBMS. Dalam sesi lawatan ini, Datu Dr. Haji Sanib turut menandatangani buku Jurnal Kepulauan dan Negeri Santubong yang kemudian diberikan kepada mereka sebagai tanda penghargaan. Bagi yang berminat untuk membeli buku Jurnal Kepulauan dan […]