SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak Siri I: Gendang Melayu Sarawak 2025

KUCHING – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menganjurkan SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak Siri 1: Gendang Melayu Sarawak pada 15 Februari 2025 bertempat di Godown Amphitheater, Tebingan Sungai Kuching. Acara ini menghimpunkan pelbagai kumpulan dan generasi pemain gendang Melayu Sarawak dalam satu pentas yang mempersembahkan warisan seni muzik tradisional yang berharga. Terima […]
Majlis Bacaan Yassin AKYBMS

Tarikh: 14 Februari 2025 (Jumaat) Masa: 8.30 pagi Lokasi: Bilik Mesyuarat AKYBMS Alhamdulillah, Majlis bacaan Yassin dan doa yang telah dipimpin oleh Encik Amirul Akbar bin Osman, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan dan disertai seluruh kakitangan AKYBMS. Sebagai masyarakat Melayu Islam yang berkhidmat kepada masyarakat dan negara, amat penting untuk kita menjaga amanah dalam setiap […]
Kursus Biro Angkasa Bersama Majikan Swasta @ Hotel Grand Margherita, Kuching

13 Februari 2025 (Khamis): Alhamdulillah, Puan Erma Zuraima binti Mohamad dan Puan Halzaitul Ain binti Ngatijo telah menghadiri Kursus Biro Angkasa bersama Majikan Swasta yang berlangsung di Hotel Grand Margherita, Kuching. Semoga ilmu yang diperoleh dapat memberi manfaat dan menyokong perkembangan kerjasama antara sektor awam dan swasta. #KursusBiroAngkasa #KerjasamaSektorSwasta #grandmargheritakuching
Lawatan Tapak ke Wisma Melayu Sarawak

12 Februari 2025 (Rabu): YBhg Datuk Dr. Haji Wahbi bin Haji Junaidi, Ahli LPA AKYBMS, bersama YBhg Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS, telah mengadakan lawatan rasmi ke Wisma Melayu Sarawak. Semoga lawatan ini dapat memperkukuh kerjasama dan memperluas jaringan demi kemajuan masyarakat Melayu Sarawak. #WismaMelayuSarawak #Kerjasama #KemajuanMasyarakat“
Mesyuarat Pencalonan Hikayat Panglima Nikosa ke Memory of the World (UNESCO)

KUCHING, 13 FEBRUARI 2025 – Satu mesyuarat khas telah diadakan di Bilik Mesyuarat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bagi membincangkan pencalonan Hikayat Panglima Nikosa, novel Melayu pertama di dunia, ke dalam daftar Memory of the World (UNESCO). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datu Dr. Sanib Said dan dihadiri oleh wakil daripada pelbagai institusi […]
4,000 followers!!!

Alhamdulillah Page Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak sudah ada lebih 4,000 pengikut. Terima kasih kerana ikut perkembangan kami. Terima kasih tonton video kami. Terima kasih berbual mesra di posting kami. — Teruskan bersama kami. Ajak lagi ramai kawan-kawan yang lain untuk ikuti Facebook page kami. Insya-Allah, lebih ramai audiens, lebih banyak variasi konten kami […]
CONTEMPORARY LEADERSHIP INTERNATIONAL SUMMIT 2025

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) menyantuni program Contemporary Leadership International Summit 2025 yang diadakan di Riverside Majestic Hotel, Kuching, Sarawak pada 11-12 Februari 2025. Program ini memberi platform kepada pemimpin dan pakar industri dari pelbagai negara untuk berkongsi pengetahuan, idea, serta pengalaman dalam memajukan kepimpinan kontemporari di peringkat global. Terima kasih kepada semua […]
SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2025!

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) mempersembahkan SAMArindok Siri I: Gendang Melayu Sarawak 2025 pada ketetapan berikut: Tarikh: 15 Februari 2025 (Sabtu) Masa: 8.30 Malam Lokasi: Godown Amphitheatre, Kuching Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keunikan Gendang Melayu Sarawak, seni warisan yang penuh irama dan tradisi. Juh kita sama-sama ngidupkan budaya Melayu. Mun bukan kita, […]
SAMAsedia 2025 Siri ke-1 @ Kem Belia Pueh, Sematan

SEMATAN – Barisan kepimpinan belia perlu diperkukuhkan sejak awal bagi melahirkan pemimpin akar umbi yang berwibawa. Program SAMAsedia 2025 atau Kem Aspirasi Warisan Anak Negeri, bertujuan membentuk kepimpinan belia melalui pendekatan yang santai, interaktif dan penuh nilai perpaduan serta patriotisme selaras dengan semangat Sarawakku Sayang. Program yang berlangsung dari 7 hingga 9 Februari 2025 di […]
Lawatan ke Muzium Islam Sarawak dan Perpustakaan Jabatan Muzium Sarawa

5 Februari 2025 (Rabu): Pihak Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS telah mengadakan lawatan ke Muzium Islam Sarawak dan Perpustakaan Jabatan Muzium Sarawak bersama Encik Zareefe bin Jefnee, pelatih industri di AKYBMS. Muzium Islam Sarawak yang kita kenali sekarang dahulunya merupakan sebuah sekolah Melayu yang dikenali sebagai “James Brooke Malay College”. Ia telah dibina pada era […]