⚜️ SAMAdurian: ⚜️

Durian bukan sekadar buah, tapi juga alasan untuk kami di AKYBMS duduk bersama, berkongsi cerita dan menikmati saat penuh makna. Dalam setiap ulas yang enak dan berkrim, ada tawa, kasih dan kenangan indah yang tercipta. Kadang-kadang, kebahagiaan itu mudah—hanya perlu durian dan kebersamaan #samadurian #DurianChallenge #akybms
Lawatan daripada PPKS Production Sdn. Bhd

Terima Kasih, Daphne dari PPKS Production! Pihak Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) mengucapkan terima kasih kepada Daphne daripada PPKS Production atas kesudian hadir berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai percetakan digital serta media korporat. Sesi ini telah memberi kami peluang untuk lebih memahami peranan media dalam memperkukuhkan imej korporat dan penjenamaan organisasi. Kepada yang […]
Lawatan daripada pelajar UNIMAS

Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS, telah menyampaikan sebuah naskah buku bertajuk “Glimpses of Malay in Sarawak” kepada Dayang Siti Nurhanieza binti Handri, seorang pelajar dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Selamat membaca buku “Glimpses of Malay in Sarawak”. Bagi mereka yang berminat untuk membeli terbitan AKYBMS, sila kunjungi pejabat […]
IKLAN JAWATAN KOSONG KOPERASI AMANAH KHAIRAT YAYASAN BUDAYA MELAYU SARAWAK

Koperasi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak Kuching Berhad (KOPAK YBMS) memperlawa permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 24 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut: Jawatan : Eksekutif KOPAK YBMS Kuching Berhad Syarat Lantikan: Calon – calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- Terdiri daripada Warganegara Malaysia yang bermastautin di […]
Kursus Pelajar Melayu-Islam Cemerlang (KPMIC) Siri IV @ SMK Seri Setia

KUCHING – Kursus Pelajar Melayu-Islam Cemerlang (KPMIC) Siri IV telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Disember 2024 di Dewan SMK Seri Setia, Kuching. Program ini melibatkan penyertaan seramai 100 pelajar Melayu-Islam Tingkatan 1 dari sekolah tersebut, dengan objektif untuk meningkatkan kecemerlangan akademik, membentuk sahsiah diri dan memupuk semangat jati diri pelajar. Sepanjang program, pelajar diberikan […]
⚜️Lawatan ke Pejabat AKYBMS⚜️

13 Disember 2024: Fahezhul Azri, Pengarah Eksekutif Gaharu Creations (M) Sdn. Bhd. bersama Encik Suhaimi Magi dari Pertubuhan Sanggar Seni Sabah telah mengadakan lawatan rasmi ke pejabat AKYBMS untuk berjumpa dengan YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama antara pihak-pihak berkenaan dalam bidang seni dan […]
WACANA BORNEO-NUSANTARA

11 Disember 2024 (Rabu):Wacana ini diadakan di Rafflesia, Aras, Riverside Majestic, Astana Wings. Ia merupakan kolaborasi antara Institut Pengajian Borneo, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak. Tajuk Wacana Borneo-Nusantara kali ini adalah A Discourse on the Controversial National Best Book: Negeri Santubong. Antara pemakalah yang terlibat pada hari ini ialah […]
⚜️ SAMASUKAN: PERTANDINGAN BOWLING AKYBMS DI MEGALANES KINGS CENTRE KUCHING ⚜️

9 Disember 2024 (Isnin): Pertandingan SAMAsukan Bowling yang melibatkan kakitangan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah berlangsung dengan penuh semangat dan keseronokan di Megalanes Kings Centre, Kuching. Acara dimulakan dengan ucapan oleh Datu Dr. Haji Sanib Bin Said, diikuti dengan pembahagian peserta kepada empat kumpulan. Tiga pasukan dengan jumlah mata tertinggi berjaya membawa […]
⚜️SAMArindok PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN MELAYU SARAWAK 2024 Siri IV – SAMArindok Finale⚜️

KUCHING, 7 Disember 2024 (Sabtu) – Syukur Alhamdulillah, berkat kesungguhan, kecekalan, dan kerja keras semua ahli jawatankuasa serta komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta yang menyertai majlis ini, SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak telah berjaya dilaksanakan. Acara ini diadakan secara berkala, iaitu setiap tiga bulan sekali, dan berlangsung di Godown Amphiteater Tebingan Sungai Kuching, Sarawak. […]
⚜️Majlis Bacaan Yassin Bulanan di Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) ⚜️

Tarikh: 6 Disember 2024 (Jumaat) Masa: 8.30 pagi Lokasi: Bilik Mesyuarat AKYBMS Alhamdulillah, Majlis bacaan Yassin dan doa yang telah dipimpin oleh Encik Amirul Akbar bin Osman, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan dan disertai seluruh kakitangan AKYBMS. Sebagai masyarakat Melayu Islam yang berkhidmat kepada masyarakat dan negara, amat penting untuk kita menjaga amanah dalam setiap […]