Artifak

Delta Sungai Sarawak merupakan tapak utama di mana ribuan serpihan seramik telah ditemui dan digali semenjak 1948. Kebanyakannya bertarikh antara kurun ke-11 hinggalah 13 Masihi. Serpihan ini dipercayai berasal dari Negara China dan sebahagiannya dari Thailand, Vietnam, Jepun dan Eropah.

Seramik terawal yang dijumpai dan digali adalah daripada barat mulut Gua Niah. Seramik-seramik ini berupa tempayan atau bekas yang tidak berukir, botol dan bekas yang berbentuk bundar. Kesemua barangan tembikar itu kasar buatannya, diperbuat menggunakan tangan, keras dan dibakar dengan api sederhana. Menurut kajian oleh Barbarra Harrison, kebanyakkan bekas seramik ini ada kaitan dengan upacara pengebumian neolitik iaitu sebagai bekas untuk pembakaran mayat ataupun sebagai cenderamata pengebumian.

Kesemua artifak hasil penggalian merupakan sumber pembelajaran yang amat berguna di Muzium Sarawak. Artifak-artifak tersebut diklasifikasikan kepada 9 kelas utama berdasarkan warna sepuh/glasir dan tekstrurnya.