Kursus Pelajar Melayu Islam Cemerlang
Latar Belakang
Usaha untuk mengekalkan kecemerlangan pelajar di peringkat UPSR yang rata-ratanya cemerlang akan tetapi mengalami penurunan prestasi di peringkat PMR dan SPM. Hal ini melibatkan penurunan motivasi, keyakinan potensi diri dan sahsiah pelajar
Objektif
- Pelaksanaan ke arah mencapai salah satu objektif dalam teras pendidikan Pelan Strategik Melayu Sarawak 2035.
- Memantapkan kecemerlangan untuk meneruskan kejayaan dalam PMR dan SPM.
- Memberi kefahaman mengenai perubahan perkembangan kendiri dan mempertingkat motivasi pelajar untuk bertindak rasional dalam kehidupan.
- Memupuk jati diri pelajar sebagai legasi intelektual Melayu yang berbudaya.
- Membina semangat ukhwah islamiah dan kemahiran berpasukan dalam kalangan peserta.
Penyertaan
150 orang peserta bagi setiap siri iaitu:
Siri I : Lundu / Sematan
Siri II : Subis
Siri III : Sebuyau / Simunjan
Siri IV : Lawas
Siri V : Bintulu
Siri VI : Belawai
Siri VII: Gedong
Pengisian
Wacana Minda:
- Remaja dan Perubahan Perkembangan Kendiri
- Visi dan Misi: Pendaki-pendaki Puncak
- Jati Diri Melayu Sarawak
Latihan Interaktif Dalam Kumpulan
- Ice-Breaking
- Seni Pengucapan Awam
- Mengenal Proses Perkembangan Kendiri
- Permainan Minda
Aktiviti Luar
Latihan Pengukuhan