KOTA SAMARAHAN, 15 Oktober 2026 – Unit Penyelidikan dan Media, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah dijemput untuk menyertai pameran sempena Borneo InTEX Special Edition 2026 x Festival of Idea 2026 yang berlangsung pada 14 hingga 15 Oktober 2026 bertempat di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Penganjuran program yang bertemakan “Menghubungkan Penyelidikan, Inovasi dan Industri untuk Impak” ini menjadi platform yang menghimpunkan pelbagai pihak dalam memperkasa penyelidikan, mengetengahkan inovasi serta memperluas jaringan kerjasama antara institusi pengajian tinggi, agensi dan pihak industri.
Penyertaan AKYBMS dalam pameran ini merupakan salah satu inisiatif untuk memperkenalkan peranan dan sumbangan organisasi dalam bidang penyelidikan, pendokumentasian serta pemeliharaan khazanah sejarah dan warisan budaya Melayu Sarawak kepada masyarakat umum, khususnya warga universiti dan para pengunjung.
Selain itu, penyertaan ini turut membuka ruang kepada AKYBMS untuk memperkukuh hubungan strategik dengan institusi pengajian tinggi dan pelbagai agensi, di samping menggalakkan perkongsian ilmu serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memelihara warisan sejarah, persuratan dan kebudayaan Melayu Sarawak.
Penglibatan AKYBMS dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan organisasi dalam memperkasa penyelidikan dan memartabatkan khazanah warisan bangsa, selaras dengan aspirasi AKYBMS sebagai Pembela Keunggulan Bangsa Melayu Sarawak.





