KUCHING, 1 Oktober 2026 – Majlis Syarahan Negarawan: Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Oktober 2026 bertempat di Wisma Melayu Sarawak, Kuching.
Majlis telah diserikan dengan keberangkatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi.
Turut hadir mengiringi Tuan Yang Terutama ialah Yang Berhormat Datuk Aaron Ago anak Dagang, Menteri Perpaduan Negara; Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Karim bin Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak; Yang Berbahagia Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara; serta Yang Berusaha Tuan Haji Zaidin bin Mohd Noor, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.
Sebelum berlangsungnya sesi syarahan, Tuan Yang Terutama bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan turut berkesempatan melawat tapak-tapak pameran yang disediakan di sekitar Dewan Utama, Wisma Melayu Sarawak.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan Syarahan Negarawan oleh Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar. Sesi tersebut dimoderatorkan oleh Dr. Nur Auni binti Ugong, Timbalan Dekan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Pada sebelah petang, program diteruskan dengan Majlis Polemik Sejarah Malaysia Ke-56 yang menampilkan tiga orang pembentang, iaitu Yang Berusaha Laksamana Pertama Ts. Dr. Shaftdean Lufty bin Rusland, Pengarah Kanan Komprehensif Keselamatan, Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS), Yang Berusaha Dr. Amy Azuan bin Abdullah, Pensyarah, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS), dan Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Mohd Hazmi bin Mohd Rusli, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Majlis Polemik Sejarah Malaysia Ke-56 tersebut dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Bianus bin Muyou, Pengarah Laut Wilayah Sarawak, Jabatan Laut Malaysia.
Penganjuran Majlis Syarahan Negarawan dan Polemik Sejarah Malaysia Ke-56 ini menjadi wadah perkongsian ilmu serta wacana sejarah yang menghimpunkan tokoh, ahli akademik dan masyarakat dalam memperluas pemahaman terhadap sejarah, kenegaraan dan pembinaan negara bangsa





