⚜️ MAJLIS BACAAN YASIN AKYBMS ⚜️

⚜️ MAJLIS BACAAN YASIN AKYBMS ⚜️
Tarikh: 4 September 2026 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi
Lokasi: Bilik Mesyuarat AKYBMS
Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yasin dan Doa AKYBMS telah diadakan dengan dipimpin oleh Encik Norazam bin Azni Shah daripada Unit Penyelidikan dan Media, serta disertai oleh seluruh kakitangan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS).
Sebagai sebuah organisasi yang berteraskan nilai dan warisan masyarakat Melayu Islam, setiap warga AKYBMS sentiasa diingatkan akan pentingnya menjaga amanah, melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan negara.
Semoga majlis ini menjadi wadah untuk memperkukuh ukhuwah, menyuburkan nilai kerohanian serta memperoleh keberkatan dalam setiap urusan dan tanggungjawab yang dilaksanakan.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh kakitangan atas penglibatan dan kerjasama dalam menjayakan majlis ini.
Semoga segala usaha dan amanah yang dipikul sentiasa dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

Kongsi berita ini