KUCHING, 27 Ogos 2026 – Sekretariat Syeikh Jumadil Kubra (SSJK) telah mengadakan kunjungan silaturahim ke Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) serta mengadakan perbincangan bersama Pengurus Besar AKYBMS, Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said.
Perbincangan tertumpu kepada sejarah dan salasilah kesultanan di Nusantara, termasuk dapatan terkini berkaitan salasilah awal Kesultanan Brunei yang berpotensi membuka ruang kepada naratif baharu mengenai hubungan beberapa sultan Brunei dengan Syeikh Jumadil Kubra.
Turut disentuh ialah sejarah dan salasilah yang berkaitan dengan Kesultanan Sarawak, Kesultanan Sambas, Kesultanan Maguindanao, Kesultanan Sulu serta zuriat yang tersebar di pelbagai wilayah Nusantara.





