Generasi Baharu Artis Badan Seni AKYBMS

Artis Badan Seni AKYBMS dengan bangganya memperkenalkan generasi baharu yang akan meneruskan usaha memartabatkan seni dan budaya Melayu Sarawak. Mereka tampil mengenakan baju rasmi Artis Badan Seni AKYBMS yang menampilkan simbol Gajah Oleng, lambang yang sarat dengan nilai warisan dan identiti budaya Melayu Sarawak.
Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan penampilan mereka malam ini dalam:
SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2026 Siri II: Puisi Melayu Tradisional
Godown Amphitheatre, Sungai Tebingan Kuching
8.30 malam
Marilah bersama-sama menghayati keindahan puisi Melayu tradisional serta menyokong usaha pemeliharaan dan pengembangan warisan budaya Melayu Sarawak.
Jumpa kitak malam tok!

Kongsi berita ini