Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yasin dan Doa telah berlangsung dengan lancar dan penuh keberkatan, dipimpin oleh Encik Norazam bin Azni Shah dan doa Encik Nur Amirul Akmal.
Sebagai warga Melayu Islam yang berkhidmat kepada masyarakat, bangsa dan negara, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa memelihara nilai amanah, integriti dan keikhlasan dalam setiap bidang tugas yang diamanahkan. Semoga majlis ini menjadi wadah untuk memperkukuh ukhuwah, meningkatkan keinsafan serta memohon keberkatan Allah SWT dalam segala urusan dan pekerjaan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah meluangkan masa dan memberikan komitmen bagi menjayakan aktiviti pada hari ini.
Semoga segala amal dan doa yang dipanjatkan diterima serta dikurniakan keberkatan oleh Allah SWT.





