Jejak Sejarah di Sebuyau: Meriam Bujang Sambung

Pada 30 April 2026 yang lalu, Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS telah mengadakan kunjungan ke Sebuyau bagi menjejaki sejarah berkaitan tinggalan Sharif Masahor, iaitu Meriam Bujang Sambung.
Dalam lawatan ini, penjaga Meriam Bujang Sambung yang juga waris kepada Sharif Masahor, Wan Jamaluddin, telah dijemput untuk berkongsi kisah, salasilah keluarga serta latar sejarah artifak tersebut. Perkongsian ini memberi gambaran yang lebih jelas tentang peranan dan kepentingan Meriam Bujang Sambung dalam sejarah tempatan, khususnya di Daerah Sebuyau.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan AKYBMS dalam mendokumentasikan serta memelihara warisan sejarah Melayu Sarawak agar terus dikenali dan difahami oleh generasi akan datang.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama sepanjang lawatan ini.

Kongsi berita ini