Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) membawakan program SAMAceramah Pejuang Melayu Sarawak yang mengetengahkan kisah perjuangan tokoh muda Sarawak, Rosli Dhobie dan Rukun 13.
Program ini akan dipersembahkan dalam bentuk rakaman video syarahan yang disampaikan oleh Pengurus Besar AKYBMS, Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said bagi menghuraikan latar peristiwa dan sejarah perjuangan tersebut.
Turut diselitkan persembahan karya oleh Rosli Dhobie iaitu:
• “Panggilanmu yang Suchi” oleh Saudara Wan Mohammad Irfan
• “Warkah Terakhir” oleh Norazam Azni
Jangan lupa tonton dan kongsikan bersama keluarga serta rakan-rakan.





