Alhamdulillah, program SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2026 Siri I: Gendang Melayu Sarawak telah berjaya dilaksanakan pada 7 Februari 2026 bertempat di Godown Amphitheatre, Kuching, Sarawak.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua penggiat seni, pemuzik, penari, kru produksi serta para penonton yang hadir dan memberi sokongan padu. Dentuman gendang, irama tradisi dan semangat kebersamaan malam itu benar-benar menghidupkan warisan budaya Melayu Sarawak.
Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini terus menyuburkan kecintaan kita terhadap seni dan budaya warisan Melayu Sarawak 





