Dua tokoh penulis hebat, Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said (pengarang Negeri Santubong: Sejarah Awal Sarawak, 300 ESS – 1647 ES) dan Puan Emilyn Anak Badut (pengarang Empurau: Ikan Eksotik Sarawak), telah berkongsi pengalaman serta inspirasi di sebalik karya mereka dalam Bicara Karya Penerima Anugerah Buku Terbaik Premier Sarawak 2022/2023.
Sesi ini turut dimoderatorkan oleh Dr. Dillah bin Tuah, Dekan Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Malia Taibi, Pengarah Penerbit UNIMAS; YBrs. Dr. Azizul bin Haji Ismail, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak; serta Encik Abang Haliman bin Abang Julai, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP.
Program ini mendapat sambutan hangat daripada khalayak yang terdiri bukan sahaja daripada pelajar UNIMAS, tetapi juga wakil Institut Pendidikan Guru (IPG) dan pelajar-pelajar UiTM, menjadikan Bicara Karya ini wadah intelektual yang mempertemukan dunia penulisan, ilmu dan warisan Sarawak.





