KUCHING, 6 Okt 2025 – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) turut mengambil bahagian dalam sesi blocking dan latihan raptai penuh (dry run) di Padang Merdeka sebagai persediaan menjelang Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Hari Lahir Ke-79 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 11 Oktober 2025.
Kontinjen AKYBMS diketuai oleh Encik Mohd Amirul Rashid bin Abdullah selaku Ketua Kontinjen. Penyertaan ini mencerminkan semangat kesetiaan, disiplin, serta komitmen tinggi warga AKYBMS dalam menjayakan acara kenegaraan yang penuh adat, istiadat dan simbolik kemegahan negeri.
Dalam masa yang sama, kontinjen AKYBMS turut bertekad untuk memberikan persembahan terbaik serta menyasarkan kejayaan dalam kategori Kontinjen Terbaik pada Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa kali ini.