Objektif
Ekonomi
Menjana sumber dana dan membentuk masyarakat usahawan berdaya lasak untuk mengumpul kekayaan, meguasai ekonomi dan membiayai projek dan program AKYBMS
Politik
Mengukuhkan perpaduan dan melatih pemimpin untuk mengekalkan dan menguatkan mercu kuasa Kerajaan Negeri Sarawak
Pendidikan
Meningkatkan pencapaian dalam pendidikan rendah dan menengah untuk memastikan 50% keluarga Melayu Sarawak memiliki ijazah dan 50% lagi memiliki diploma yang berkualiti
Agama & Budaya
Menyemarakkan ajaran Islam dan warisan budaya untuk membentuk bangsa Melayu Sarawak tanpa masalah sosial serta sejahtera di dunia dan di akhirat
Keluarga & Belia
Membangunkan keluarga besar berlandaskan ajaran Islam dengan sekurang-kurangnya 7 orang anak ke arah mencapai komposisi 60% penduduk Sarawak
Membentuk generasi ulul albab yang berdisiplin untuk melahirkan pemimpin pelapis bagi memastikan keunggulan dan kecemerlangan bangsa Melayu selama-lamanya