MESYUARAT AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH AKYBMS BIL. 1/2025

Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) Bil. 1/2025 telah diadakan pada 3 Julai 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 12, Wisma Sumber Alam.
Mesyuarat pada hari ini telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dihadiahkan kepada Almarhumah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, isteri kepada Premier Sarawak, sebagai tanda penghormatan dan doa kesejahteraan roh Allahyarhamah.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi LPA AKYBMS, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan yang juga merupakan Timbalan Premier Sarawak. Dalam ucapan pembukaannya, beliau turut mengalu-alukan kedatangan Ahli LPA AKYBMS yang baharu, iaitu YB Dato’ Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi. Pada masa yang sama, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Dr. Annuar Rapaee atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang menjadi Ahli Jawatankuasa Pendidikan LPA AKYBMS.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah YB Datuk Haji Len Talif Salleh, YBhg. Datuk Hajjah Sharifah Hasidah binti Sayeed Aman Ghazali, serta YBhg. Datuk Haji Mohd Naroden bin Haji Majais. Kehadiran tokoh-tokoh penting seperti YBhg. Datuk Haji Wahab bin Abdul Aziz, YBhg. Datuk Dr. Haji Wahbi bin Haji Junaidi, YBhg. Datu Haji Abdul Razak bin Tready; YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, serta Tuan Haji Kushairi bin Johan.
Selain itu, mesyuarat ini turut dihadiri oleh Puan Hajah Faridah Ibrahim dari Public Mutual, Puan Zuraini binti Awang Basar dari Manulife Investment Manangement, Encik Mohd Afrizan bin Mohamed, Encik Chung Choon Ho dan Nur Aiman Rambli yang mewakili PU Architects Sdn.Bhd, dan Encik Andy Iskandar dari Insights Analytics Berhad (IAB), Bursa Malaysia serta ketua-ketua unit dan kakitangan AKYBMS.
AKYBMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli LPA serta pihak yang terlibat atas komitmen dan sokongan padu dalam memastikan segala perancangan dan usaha dapat dilaksanakan dengan baik demi memartabatkan budaya serta memperkukuh kesejahteraan masyarakat Melayu di Sarawak.
Jangan lupa untuk Like, Share & Follow (klik See First) page rasmi AKYBMS Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak bagi mengikuti perkembangan dan aktiviti terkini kami.

Kongsi berita ini