Dengan penuh rasa dukacita dan hiba, seluruh warga Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) merakamkan ucapan takziah kepada:
YANG AMAT BERHORMAT PREMIER SARAWAK
di atas pemergian isteri tercinta,
PUAN SRI DATUK AMAR HAJJAH JUMA’ANI TUANKU HAJI BUJANG
pada 23 Jun 2025 bersamaan 26 Zulhijjah 1446H.
Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada YAB Premier dan seisi keluarga, malah kepada seluruh rakyat Sarawak yang amat menghargai sumbangan dan keprihatinan Allahyarhamah terhadap kebajikan masyarakat.
Seluruh warga AKYBMS mendoakan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga YAB Premier dan sekeluarga dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat yang penuh ujian ini.
Al-Fatihah. 
