Majlis SAMAhaul ke-75, Pejuang Melayu Sarawak: Rosli Dhoby dan Rukun 13

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T., pihak kakitangan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah berjaya mengadakan Majlis SAMAhaul ke-75, Pejuang Melayu Sarawak: Rosli Dhoby dan Rukun 13 di Balai Ilmu, AKYBMS pada 1 Mac 2025 (Sabtu).
Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa majlis ini termasuklah: ✨ Solat berjemaah
✨ Bacaan Yassin
✨ Tahlil
Semoga perjuangan dan semangat para pejuang Melayu Sarawak, terutamanya Rosli Dhoby dan Rukun 13, terus menjadi sumber inspirasi untuk kita semua.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.” – Al-Hujurat: 15

Kongsi berita ini