Kuching, 8 Januari 2024 – Institut Perguruan Kampus Batu Lintang (IPGMKBL) telah mengadakan lawatan ke pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak bagi menyampaikan sijil penghargaan atas kerjasama erat dalam menjayakan program Karnival Mini Seni Budaya “TokLah Kamek” yang berlangsung pada 29 November 2024.
Kunjungan ini turut memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam memartabatkan seni dan budaya Melayu Sarawak melalui pelbagai inisiatif. Karnival yang dianjurkan tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat dan berjaya memupuk kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan warisan budaya.
IPGMKBL komited untuk terus menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi dan yayasan dalam usaha memastikan seni dan budaya tempatan kekal relevan serta dihargai oleh generasi masa kini dan akan datang