11 Disember 2024 (Rabu):Wacana ini diadakan di Rafflesia, Aras, Riverside Majestic, Astana Wings. Ia merupakan kolaborasi antara Institut Pengajian Borneo, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak.
Tajuk Wacana Borneo-Nusantara kali ini adalah A Discourse on the Controversial National Best Book: Negeri Santubong.
Antara pemakalah yang terlibat pada hari ini ialah Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Dr. Sharifah Sophia binti Wan Ahmad, Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan merangkap Timbalan Pengarah Institut Pengajian Borneo (IBS), Encik Shazani Masri, Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, serta Encik Azuan bin Jemat, Pengurus Besar Lembaga Hal Ehwal Istiadat Melayu.
Turut hadir ialah Profesor Madya Poline Bala, Pengarah Institut Pengajian Borneo (IBS). Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah hadir.