⚜️ SMK TUN ABANG HAJI OPENG: Bengkel Tarian Melayu Sarawak ⚜️

⚜️ SMK TUN ABANG HAJI OPENG: Bengkel Tarian Melayu Sarawak ⚜️

Penyelidikan mengenai Tarian Melayu Sarawak merupakan pendekatan yang efektif untuk memaparkan ilmu masyarakat serta menyebarkan pengetahuan tentang Tarian Melayu sebagai medium untuk mengetengahkan peradaban budaya.

Penganjuran bengkel tarian ini bertujuan untuk melestarikan penemuan kajian ilmiah dan pengetahuan tentang budaya Melayu Sarawak, memberikan pendedahan langsung kepada generasi muda agar mereka lebih memahami estetika dan keindahan yang terdapat dalam seni tarian Melayu, terutamanya yang berkaitan dengan bangsa Melayu Sarawak.

Majlis penangguhan dan sesi penyampaian cenderamata bagi bengkel tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Yusri bin Tokis, Pengetua SMK Tun Abang Haji Openg. Inisiatif ini diharapkan dapat melestarikan warisan budaya dan meningkatkan kesedaran tentang seni tarian Melayu dalam kalangan pelajar.

Ucapan terima kasih kepada Encik Othman bin Hassan dari Kampung Budaya Sarawak, Puan Masniah binti Bojeng dari SK Encik Buyong, dan Encik Ahmad Kassim bin Ibrahim, Ketua Artis Budaya Badan Seni Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak.

Semoga penganjuran program oleh Bahagian Kebudayaan AKYBMS ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar SMK Tun Abang Haji Openg. Jumpa lagi!!!

Follow tiktok @budayamelayusarawak

#Zapinsindang #JogetMelayuSarawak #Zapin #TarianMelayu #melayuasli

Kongsi berita ini