⚜️Bengkel Penerbitan Koleksi Manuskrip Jabatan Muzium Sarawak ⚜️

4-5 September 2024: Wakil daripada Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) hadir bersama dalam bengkel manuskrip JMS di Borneo Culture Museum.
Dalam bengkel ini kami telah menterjemah dan menganalisa mengenai 21 buah koleksi surat – surat manuskrip Melayu yang ada dalam simpanan Jabatan Muzium Sarawak.
Fasilitator kami terdiri daripada YBhg Prof Madya Dr Saimi Bujang, Timbalan Rektor Uitm Sarawak; YBhg Prof Madya Dr Abdul Razak Abdul Kadir, Penolong Rektor Uitm Sarawak dan Ustazah Nora juga daripada UiTM Sarawak.

Kongsi berita ini