Keringkam merupakan seni sulaman emas tradisional yang menjadi kebanggaan wanita Melayu Sarawak.
Selayah keringkam pada masa dahulu juga digunakan oleh kaum wanita di Majlis perkahwinan dan persandingan.
Selayah keringkam dipadankan dengan kain songket dan kebaya labuh menjadikan pengantin perempuan kelihatan berseri-seri.
Corak bunga yang terdapat pada selayah keringkam pengantin juga menunjukkan status pengantin perempuan yang memakainya.
Sekiranya corak bunga pada selayah penuh dan menggunakan motif yang sukar, berkemungkinan pengantin perempuan adalah daripada golongan yang bangsawan atau ternama.
Budaya dan tradisi Melayu Sarawak ini boleh dipromosikan dengan pelaksanaan ekosistem menyeluruh di Songket dan Keringkam Sarawak.
Jom kita bersama-sama mermatabatkan pakaian tradisi dengan menggayakan keringkam di mana jua pun kita berada.
Mun bukan orang kita, siapa agik?
Tag me your photos wearing keringkam