SEMINAR WARISAN SEJARAH SANTUBONG 2022

20 Mac 2022 – Seminar Warisan Sejarah Santubong merupakan anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kampung Santubong. Program seminar ini telah berlangsung secara fizikal di Masjid Nurir Rahmani Kampung Santubong mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar (AKYBMS)dan turut dihadiri oleh pengerusi Encik Saifudin bin Matsah, Penyelaras Tuan Haji Hardy bin Morni, wakil Badan Hak Adat Melayu Sarawak (BAHAM), Ketua Kampung serta penduduk-penduduk kampung Santubong.
YBhg Datu Dr Sanib menyampaikan syarahan berkaitan Sejarah Santubong, Sejarah Awal Sarawak
Tuan Haji Syed Hossin membentangkan topik Tanah Hak Adat Melayu Sarawak
Program ini turut mengundang tokoh-tokoh pembicara yang berpengalaman dan berpengetahuan luas serta pakar dalam bidang Sejarah di Sarawak yang memfokuskan kepada aspek Sejarah Santubong, Sejarah Awal Sarawak dan Adat Istiadat dan Raja Melayu khusunya di Sarawak. Tokoh-tokoh pembicara iaitu Yang Berbahagia Datu Dr. Haji. Sanib bin Haji Said yang merupakan sejarawan ulung, membicarakan tentang Kelestarian Warisan Sejarah Santubong berkenaan dengan topik Sejarah Santubong, Sejarah Awal Sarawak. Tokoh pembicara yang kedua mengundang Tuan Haji Syed Hossin bin Wan Hamit yang mengulas tentang Adat Istiadat dan Raja Melayu. Topik yang dibicarakan adalah Tanah Hak Adat Melayu Sarawak.
Peserta yang hadir
Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkasakan kajian ilmiah khusus berkaitan dengan ketamadunan bangsa Melayu Sarawak khususnya pengetahuan tentang Santubong dan memelihara dan menghidupkan semula warisan Santubong yang harus diketengahkan dalam kalangan khalayak komuniti terutama pemilik sejarah iaitu Melayu Santubong.
Dengan ini pihak Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada peserta yang turut hadir bagi menjayakan program ini dan dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Islam yang banyak membantu sepanjang program ini berlangsung di Kampung Santubong. Segala jasa dan bakti semua pihak di sepanjang program ini amatlah dihargai dan semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.
Penyerahan Resolusi oleh wakil Lembaga Kebajikan Islam Kampung Santubong

Kongsi berita ini