Mesyuarat Bulanan Terakhir Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak

KUCHING, 17 Disember 2024 – Dalam mesyuarat bulanan terakhir bagi tahun ini, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, telah mengucapkan syabas kepada semua kakitangan atas komitmen dan dedikasi mereka sepanjang tahun. Beliau turut menyampaikan penghargaan atas usaha keras yang telah dilakukan untuk mencapai objektif yayasan dalam mempromosikan dan memelihara budaya Melayu di Sarawak.
Selain itu, semua kakitangan turut mengucapkan selamat tinggal kepada Encik Awangku Azizul bin Awangku Omar yang bakal meninggalkan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak pada bulan depan. Salam perpisahan dan semoga berjaya kepada Encik Awangku Azizul bin Awangku Omar. Semoga terus berjaya di tempat baharu. Terima kasih atas kenangan yang terindah bersama kami.

Kongsi berita ini